selepas FITNA, kini The Satanic Verses

By zack
selepas FITNA, filim pendek karya Kurt Wilders ahli politik Belanda kini muncul pula teater the satanic verses.teater ini diadaptasi dari Salman Rushdie. Siapa dia ni?

Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua yang berjudul Midnight Children membawa hadiah kepadanya. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India ,kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.

Novel keempat bertajuk The Satanic Verses (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia .Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.

Pada Jun 2007 kerajaan Britain memberi anugerah Knight Bachelor membawa gelaran Sir sempena harijadi Queen Elizabeth pada Jun 2007. Britain masih tidak peka dengan sensitiviti umat Islam sedunia.

Novel ini The Satanic verses mengundang kontroversi pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Tajuk novel ini dimaksudkan Al Quran dan hadis nabi sebagai surah syaitan . Salman menuduh semua itu adalah hasil ciptaan nabi Muhamad belaka yang disandarkan kepada malaikat Jibrail.Lantas buku ini telah difatwakan haram di seluruh negara Islam.

Pada 14 Februari 1989, fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan. Hubungan diplomatik dipulihkan pada 24 September 1998 semasa Presiden Iran,Mohammad Khatami.

Salman Rushdie masih menerima surat / kad Valentine setiap 14 Februari yang merujuk beliau masih diancam bunuh oleh rakyat Iran.

Salman mendakwa dirinya seorang Islam tapi dianggap murtad oleh seluruh umat Islam kerana telah menghina Nabi Muhammad.Novelnya banyak mengkritik peranan agama dalam masyarakat dan konflik antara yang benar dan tidak benar.

Soal nya kini, masyarakat dunia semakin lama semakin biadap terhadap masrakat Islam. Malah perkara ini juga berlaku juga di Malaysia, dimana umat beragama Islam yang mendakwa sebagai pejuang hak asasi manusia juga dengan lantang mempersoalkan perkara perkara yang tidak pernah kita sebagai Muslim fikirkan. Bayangkan bagaimana mereka yang beragama Islam juga inginkan kesamarataan untuk agama lain di Malaysia.jadi bagi saya, bukan sahaja Salman dan Wilders yang harus dikritik malah juga golongan ini yang berada di Malaysia.




 

0 comments so far.

Something to say?